Banner

musim luruh


Thursday, November 24, 2011

Rancangan Mengajar Harian Makropembelajaran

Mata pelajaran          :           Bahasa Melayu
Kelas   :                                   Tahun Perdana (Arus Perdana)
Tarikh :                                  01 November 2011
Masa :                                     8.00-8.30 pagi (30 minit)
Bilangan murid:                    17 orang
Tema  :                                   Bersih dan Sihat
Tajuk  :                                   Kelas Ceria
Standart kandungan:           
1.2.6    Menyebut frasa dan ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
Standart pembelajaran:
2.3.1    Menyusun dan menulis frasa menjadi ayat tunggal yang betul berdasarkan gambar dengan menggunakan tulisan yang kemas.
Objektif khas:            Pada akhir pelajaran murid berupaya :
1.      Menyebut, membatang, dan membaca frasa dan ayat tunggal dengan lancar, dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
2.      Membina dan menyusun frasa menjadi ayat tunggal yang betul, dengan menggunakan tulisan yang kemas dan cantik.
SDK    :           1.2.6, 2.3.1, 1.1.2, 2.1.2, 2.1.3, 4.1.1, 4.1.2
Pengetahuan sedia ada :                   murid sudah mempelajari dan memahami maksud kelas ceria.
ABM / BBM:                                     gambar, slide powerpoint, pensel warna, pen maker, papan putih, lembaran kerja.
Nilai murni:                                        Bertanggungjawab, tolong-menolong, bekerjasama  
8


Langkah

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Penilaian/ Fasa/ SDK
Aktiviti Guru                                              Aktiviti Murid

Set induksi

(5 minit)

1.       Guru memberi salam dan bertanya khabar murid.

2.      Guru menunjukkan gambar-gambar alatan di dalam kelas dan menerangkan tajuk yang akan diajar.


3.      Guru menyoal murid.
Contoh soalan:
a.       Ini gambar apa?
b.      Apakah kegunaannya?
c.       Bolehkah kamu sebutkan nama alatan ini?

4.      Guru menunjukkan slide lagu “Ke Sekolah” dan menyayikannya.

5.      Guru menyuruh murid menyayikan lagu “Ke Sekolah” mengikut seni kata dan irama muzik.


1.      Murid menjawab salam.


2.      Murid melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru.




3.      Murid menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh guru.






4.      Murid melihat slide yang ditunjukkan dan mendengar guru menyayikan lagu tersebut.

5.      Murid menyayikan lagu “ Ke Sekolah” bersama-sama dengan iringan muzik menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

Fasa Persediaan

1.1.2
Menumpukan perhatian kepada gambar secara menyeluruh.

2.1
Penjanaan idea

4.1.1
Pembelajaran secara didik hibur.

9



Langkah

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Penilaian/ Fasa/ SDK
Aktiviti Guru                                               Aktiviti Murid

Langkah 1

(8 minit)

1.      Guru menunjukkan slide gambar, alatan membersihkan kelas.

2.      Guru menyoal murid nama-nama alatan tersebut.


3.      Guru menyoal murid mengenai kegunaan alatan-alatan tersebut.


4.      Guru menyuruh murid menunjukkan contoh-contoh alatan yang serupa yang terdapat di dalam kelas.

5.      Guru menyoal murid mengenai lokasi bagi alatan-alatan yang terdapat di dalam gambar.


6.      Guru menanyakan pendapat murid mengenai cara-cara untuk menjaga alatan tersebut


1.      Murid melihat slide yang dipaparkan oleh guru.


2.      Murid menamakan alatan yang ditunjukkan oleh guru berdasarkan gambar.

3.      Murid menyatakan kegunaan alatan-alatan yang ditunjukkan oleh guru.


4.      Murid menunjukkan contoh alatan yang berada di dalam kelas berpandukan gambar yang ditunjuk oleh guru.

5.      Murid menyatakan lokasi bagi alatan-alatan yang disoal oleh guru.


6.      Murid menyatakan pendapat mengenai cara-cara menjaga alatan tersebut.

Fasa Imaginasi

2.1
Penjanaan idea

2.1.2
Menghasilkan idea secara berterusan

2.1.3
Menghasilkan idea yang bermakna


10

Langkah

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Penilaian/ Fasa/ SDK
Aktiviti Guru                                               Aktiviti Murid

Langkah 2

(6 minit)

1.      Guru memaparkan slide gambar alatan dan nama-nama alatan.

2.      Guru menyuruh murid mengeja suka kata yang mempunyai warna-warna yang berbeza.
Contohnya :
penyapu sampah, penyodok sampah, pengemop lantai, pemadam, bulu ayam, dan tong sampah.

3.      Guru menyuruh murid membatangkan suku kata menjadi perkataan.
Contohnya:
pe nya pu = penyapu

4.      Guru menyuruh murid membaca lancar perkataan yang ditunjukkan dengan sebutan yang kuat  berpandukan gambar dan perkataan.


1.      Murid melihat slide yang dipaparkan oleh guru.


2.      Murid mengeja suku kata yang mempunyai warna yang berbeza dengan serentak dan suara yang kuat berdasarkan arahan guru.






3.      Murid membatangkan suku kata yang ditunjukkan oleh guru menjadi perkataan yang betul.



4.      Murid menyebut dan membaca lancar perkataan dengan sebutan yang kuat berpandukan gambar dan perkataan.

Fasa Perkembangan

1.1
Penambahbaikan

3.1.2
Mengubah suai idea


11

Langkah

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Penilaian/ Fasa/ SDK
Aktiviti Guru                                               Aktiviti Murid

Langkah 3

(7 minit)

1.      Guru memaparkan slide aktiviti menyusun perkataan menjadi ayat yang betul.

2.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid mengenai slide.


3.      Guru menyuruh murid menyusun perkataan menjadi ayat yang betul.
Contohnya:
sampah. Ini penyapu
Ini penyapu sampah.

4.      Guru menyuruh murid menulis ayat yang betul.



5.      Guru menilai hasil kerja murid.


1.      Murid melihat slide yang dipaparkan.


2.      Murid melihat lembaran kerja yang diberi oleh guru.



3.      Murid menyusun perkataan menjadi ayat yang betul.





4.      Murid menulis ayat yang betul berdasarkan aktiviti yang dilakukan berpandukan slide powerpoint.

5.      Perbincangan.


Fasa Tindakan

4.1
Pelaksanaan

4.1.2
Menyusun idea secara tersusun dan tepat


                   

12

Langkah

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Penilaian/ Fasa/ SDK
Aktiviti Guru                                               Aktiviti Murid

Penutup

(4 minit)

1.      Guru menyoal murid mengenai pembelajaran yang lalu.

2.      Guru membuat rumusan mengenai hasil pembelajaran murid.


3.      Guru memainkan semula lagu “Ke Sekolah”dengan iringan muzik.

4.      Guru mengedarkan lembaran kerja.



1.      Murid mengemukakan pandangan dan respon kepada soalan guru.

2.      Murid mendengar rumusan yang disampaikan oleh guru.



3.      Murid menyanyikan lagu “Ke Sekolah” bersama-sama dengan iringan muzik.

4.      Murid membuat aktiviti pengukuhan berdasarkan lembaran kerja semasa sesi pengajaran LINUS guru.



Refleksi :
Syukur alhamdulilah dapat saya sudahkan proses pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini. Secara keseluruhan saya berpendapat P n P saya pada hari ini berjaya. Objektif tercapai.  90 peratus murid dapat mengeja dan menbunyikan suku kata dengan jelas dan menyebut perkataan yang dieja dengan betul. Murid juga dapat menyusun perkataan-perkataan yang diberi menjadi ayat yang betul dengan baik. Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dan P n P saya pada hari ini berjaya.